![]() |
| Arghh!!! Esok nak exam woi! Cam mana nih!!! |
Haaa...Pernah tak korang mengalami situasi macam orang kat atas nih? Memang dah jadi lumrah alam , sebagai seorang pelajar , kekadang kita ni suka sangat nak study last minute kan? Kalau boleh , cuba elakkan perangai macam ni untuk mengelakkan kebiulan yang hakiki semasa exam , dan buat persediaan awal. So nanti tak la korang kelam kabut masa nak dekat exam nanti... Korang jugak boleh mencuba cara mengulangkaji pelajaran macam kat bawah ni :
![]() |
| Kamu yang bawaku terbang...Ewah!!! |
Speed Reading + Interpreting
Sesuai Digunakan Untuk Subjek : yang mempunyai banyak fakta ( contohnya macam Sejarah dll... )
Sesuai Digunakan Ketika : Sehari sebelum exam bermula , masa lapang
Bahan Yang Diperlukan : Highlighter
Cara-Caranya:
- Baca topik yang korang nak baca dan higlight isi-isi yang penting dan fakta sambil memahami apa yang korang baca dan apa yang korang highlight.
- Lepas korang dah baca satu mukasurat , baca semula perkataan yang korang highlight dan kaitkan fakta tersebut dengan fakta yang korang dah highlight sebelum ni.
- Lepas korang dah habis langkah 1 dan langkah 2 , teruskan benda yang sama ke mukasurat seterusnya.
- Kalau korang ada masa lagi , lepas korang dah baca satu bab , korang pergi balik ke bahagian awal bab tersebut dan baca balik apa yang korang dah highlight sambil mengaitkannya dengan topik untuk kemujaraban yang maksimum... ( cewah ayat dia..! )
Nota Ringkas ( semasa pembelajaran dalam kelas )
Sesuai diamalkan ketika sesi pembelajaran di dalam kelas.
Memerlukan kepekaan dan kebolehan interpretasi yang mantap serta 100% tumpuan semasa belajar
Cara-caranya:
- Korang fokus je kat cikgu yang mengajar korang tu , dengar setiap fakta yang dia nak bagi semasa mengajar
- Bila dia dah bagi fakta , cepat-cepat korang tangkap isi-isi penting dan tuliskan dalam buku nota korang. Korang tak perlulah salin bulat-bulat apa yang cikgu tu cakap. Contohnya : "Emilio Aguinaldo telah menubuhkan gerakan nasionalis Katipunan semasa gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina" . Korang ringkaskan jadi : Filipina tahap kedua - Emilio Aguinaldo -----> Katipunan...
Nota Ringkas ( semasa mengulangkaji di rumah )
Cara belajar yang paling mudah untuk diamalkan
Memerlukan kebolehan untuk meringkaskan ayat dan fakta
Cara-caranya:
- Masa korang tengah membaca tu , cari isi-isi dan fakta penting.
- Highlight fakta tu menggunakan highlighter ( lebih efektif berbanding pensil )
- Salin semula fakta tersebut dalam bentuk yang paling ringkas dan difahami.
- Fakta boleh disalin semula dalam bentuk Fakta dan Huraian ataupun Peta Minda
- Nota boleh disimpan dalam bentuk booklet ataupun helaian kertas.
![]() |
| Mak! Ayah! Saya dapat A+! (Walhal bila result ko teruk ko siap sembunyi bawah katil lagi... :P |
InsyaAllah , kalau korang betul-betul berusaha , korang akan dapat result gempak dalam peperiksaan .
Siapa suka entry ni , sila angkat tangan macam saya :)




