Mar 13, 2011

3 Bulan Aku Meninggalkanmu.......

Wahai blog ku sayang.... Kesian kau , sampai dah berhabuk-habuk dah....

Hahaha! Sorry ek. Aku bukan meninggalkan rumah atau awek ( awek pon aku tak de lagi ) , tapi meninggalkan blog kesayangan aku ni. Bukannya sehari atau seminggu , tapi dah 3 bulan aku tak bukak langsung blog aku. Bukannya apa , tapi kekangan masa serta tugas yang banyak menyebabkan aku memang betul-betul tak berkesempatan untuk mengupdate blog dan blogwalking.

Sejak dah masuk alam tingkatan 5 nih , jadual harian aku dah menjadi terlalu ketat. Masa berehat aku pon dah tak banyak dah. Dah la aku kena menjalankan tanggungjawab sebagai Naib Pengerusi PSS , Ketua Unit Sukarelawan Al-Falah dan jugak Ketua Biro Sosial dan Kebajikan Sukarelawan Al-Falah. Itu tak tambah lagi dengan segala kelas tambahan yang ada kat sekolah tu.... Last-last bila balik rumah....


Bedebuk! Terus aku pengsan atas katil.

Sebenarnya banyak benda aku nak cerita untuk entry kali ni , so aku rasa mungkin entry ni akan menjadi entry yang terpanjang dalam sejarah Memori Seorang Muda... Eh! Pause it right there!

Jurnal Seorang Remaja???

Haaa...! Sebenarnya , aku dah tukar nama blog ni kepada Jurnal Seorang Remaja. So lepas ni kalau korang tak perlulah nak terkejut bila korang bukak memoriseorangmuda.blogspot.com , tetiba yang keluar tu nama lain pulak. Walaupun nama blog ni dah ditukar , tapi URL blog ni tetap sama....

So aku akan recap balik apa yang telah terjadi pada aku sepanjang aku tak update blog nih.....

Naib Pengerusi PSS
Macam yang aku dah agak dari tahun lepas , secara rasminya aku telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 2011. So secara tidak langsung jadual harian aku menjadi ketat sebab aku kena mengawasi pengawas-pengawas pusat sumber ni hampir setiap hari , kecuali hari Jumaat. Aku pikirkan tugas aku sikit je sebab aku ni NAIB Pengerusi. Agaknya kalau aku jadi Pengerusi apa la yang akan terjadi kat aku kan? Haih! Tapi sepanjang aku menjadi Naib Pengerusi ni , macam-macam cabaran datang menimpa aku. Antaranya , aku terpaksa handle pengawas-pengawas baru tahun ni . Dan disebabkan Pengerusi PSS tahun ni merupakan seorang yang sangat aktif dalam kokurikulum , dia sendiri pon susah nak meluangkan masa untuk mentadbir PSS. So kadang-kadang aku terpaksalah mengambil alih tugas dia... Aiyooo!!!

Ayuh anak-anak! Kita kemas buku yuk!!! 


Migrain Masih Menghantui


Berdenyut-denyut weh...Jangan main-main!

Pasal migrain ni aku pon memang tak paham lah sebenarnya. Tahun lepas , aku dah buat rawatan. Mula-mula memang la aku rasa segar bugar je kan lepas pergi menjalani rawatan tu. Tapi start bulan 2 tahun ni , kepala aku dah mula rasa sakit balik. Dah tu sakitnya lebih sakit berbanding dengan tahun lepas. Apakah? Mungkin keadaan aku yang sibuk sekarang ni membuatkan aku stress dan akhirnya aku pon kena migrain balik. Tapi ada sesetengah orang kata yang migrain ni memang tak boleh nak disembuhkan. Betul ke?

Aiseh! Sebenarnya banyak lagi aku nak tambah dalam entry ni , tapi masa tak mengizinkan. So mungkin lepas ni aku kurang aktif sikit dalam berblogging ni , tapi tak bermakna aku mengundur diri ek? No way!