Korang nak tau tak? Hari ni aku rasa gembira sangat sebab aku dah berjaya menjadi seorang pembunuh. Aku tak tau kenapa tapi lepas aku melakukan pembunuhan tu , aku rasa excited gila. Rasa macam gembira dan bahagia. Rasa macam nak melakukan pembunuhan lagi je. Korang nak tau , mula-mula aku potong bahagian bawah perut dia sampai ke bahagian dada dia pakai gunting , lepas tu aku belah abdomen dia sampai nampak perut dengan jantung dia pakai pisau. Best sangat-sangat. Tapi aku tak rasa puas. Aku rasa macam nak membunuh lagi. MUAHAHAHAHA!
Hari ni memang merupakan hari yang paling best sebab hari ni kelas aku telah ditugaskan untuk membedah katak. Yeah! Akhirnya! Setelah setahun menunggu , akhirnya tiba jugak saat yang dinanti-nantikan oleh aku. Tercapai jugak impian aku untuk membunuh seekor katak kemudian menyiat-nyiat kulit dia sampai terkeluar organ dalaman dia... Hahaha! Ayat tak boleh blah kot.
Apa-apa pun , sebelum aktiviti pembedahan bermula , kitaorang telah diberi taklimat oleh guru biologi kitaorang tentang cara-cara membedah katak. Sehari sebelum hari pembedahan , aku dah tengok video pembedahan katak kat Youtube , jadi aku tak ada masalah la masa nak membedah katak tu. Dah tu time tu pulak aku tengah excited gila. Korang tengok je la muka aku kat atas tu , nampak macam takut walhal dalam hati aku rasa macam nak robek-robek je katak tu.
Part ni yang agak mencabar sikit sebab sebelum nak bedah katak , mestilah kita pengsankan katak tu dulu kan? Gila apa nak bedah dia hidup-hidup O_o ? Dan time ni kitaorang berempat ditugaskan untuk memengsankan seekor katak yang paling besar. Memang susah la sebab nak memengsankan katak yang bersaiz besar memang mengambil masa yang lama . Lagipun waktu tu bekalan chloroform ( kimia yang digunakan untuk memengsankan binatang dan manusia ) tak banyak sangat , so terpaksa la kitaorang gunakan chloroform yang sikit tu untuk memengsankan katak tu... Nasib baik dia pengsan jugak akhirnya...
Lepas katak tu dipengsankan , apa lagi... Taruk katak tu dalam tray and bedah je la... Tapi sebelum tu kena la pin kaki ngan tangan katak tu dulu , takut-takut kalau katak tu tersedar balik. Time ni tangan aku menggeletar pegang forceps tu. Dah la kulit katak tu licin.
Tapi dengan pertolongan dua orang personal assistant aku , semua kerja menjadi lebih mudah... ( Cewah ayat ni pon tak boleh blah jugak :P )
Yang penting gaya tu mesti ada :P
So secara keseluruhannya , hari ni memang hari yang best la sebab impian aku untuk membedah katak tercapai jugak akhirnya . Walaupun kulit katak tu agak liat , tapi aku tetap berusaha untuk merobek kulit katak tu sampai nampak jantung dia... Best kot pegang jantung katak yang tengah berdenyut. :P
p/s : Lepas ni boleh la aku bedah orang pulak ye... XD






