"Boleh pandang-pandangSiapa yang tak kenal dengan Suhaimi Mior Hassan , penyanyi lagu "Kalau Berpacaran" yang popular ketika ni. Lagu ni jugak dinyanyikan oleh ex-teacher ka sekolah aku , Ana Raffali dan jugak Altimet. Aku sendiri pon tak kewujudan lagu ni sehinggalah pada suatu hari , kat dalam kelas relief :
Jangan pegang-pegang
Duduk regang-regang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman"
Cikgu : Ok, kamu rasa lepas ni kita nak melawat Universiti mana?
Aku : ASWARA , cikgu
Kawan Aku : ASWARA , cikgu ( mengajuk percakapan aku mengguna suara low tone)
Aku pon pelik , sebelum ni tak pernah pulak kawan aku buat perangai macam tu. Bukan setakat waktu tu je. Setiap kali aku bercakap , mesti kawan-kawan aku yang lain mengajuk balik kata-kata aku menggunakan suara low tone , lepas tu diorang tambah ayat " Boleh pandang-pandang ".
Disebabkan aku dah rasa pelik gila dengan perangai diorang ni , aku pon search la google " Boleh pandang-pandang". Dan mulai saat tu barulah aku paham kenapa diorang buat perangai macam tu...
SEBAB SUARA AKU MACAM SUHAIMI MIOR HASSAN
Adoi... Bila aku dengar je lagu Kalau Berpacaran tu , aku rasa macam nak tergelak-gelak pon ada gak sebab suara aku memang hampir macam suara penyanyi dia. Jadi kalau korang nak tau macam mana suara aku , korang dengar la lagu " Kalau Berpacaran"
Secara keseluruhannya aku memang suka gila dengan lagu ni sebab lagu ni memang ditujukan khas kepada remaja yang tengah dilamun cinta ( macam saya , cewah ). Pengajaran dalam lagu ni : Kita mestilah menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa bercinta. Cewah kenapa aku cerita pasal cinta ni... Adakah aku...? Tidaaaakkkkkkk!!!!! :P
