
Assalamualaikum para blogger sekalian. Korang dah makan sarapan pertama korang pada tahun 2011? Hahaha. Rasa macam sekejap je tahun 2010 tu berlalu. Macam tak percaya yang kita sudah berada pada tahun 2011. So kalau korang telah berazam untuk melakukan sesuatu pada tahun ini , mulakan usaha korang dari sekarang.
Hari ini aku telah dijemput oleh Dauspozi untuk menyertai segmen Memori 2010 Seorang Blogger yang diankurkan oleh beliau sendiri. Sebenarnya aku dah lama nak buat entry pasal pengalaman aku menjadi blogger. Nasib baik aku tak buat lagi.
Kenapa aku nak jadi blogger? Sebenarnya aku ni jadi blogger tanpa paksaan atau pengaruh dari rakan-rakan. Aku sendiri yang ingin merasa macam mana rasanya menjadi seorang blogger. Oleh itu , pada 8 November 2009 , aku bercadang untuk membuat blog sendiri , dengan nama Propahunters. Tapi kenapa Propahunters? Well , waktu tu aku ni masih kebudak-budakan , sebab tu aku pilih nama pelik-pelik.
Waktu tu aku fikir blog aku tu hanya untuk dibaca oleh aku sendiri dan kawan-kawan rapat aku. Dan waktu itu teknik penulisan blog aku memanglah tersangat pelik. Kadang-kadang aku sendiri pon tak paham apa kebenda la yang aku tulis. Kalau korang tak percaya , korang baca entry aku yang bertajuk Puteri Gunong Rendang – Satu Filem Cathay Peropa . Ya Allah , baca tajuk entry tu pon dah cukup untuk membuatkan aku tergelak-gelak sampai kentut kentut tahap kronik. Itu belum lagi aku baca balik entry tu. Memang aku akui yang cara penulisan aku memang sangat entah apa-apa ketika tu.
Then pada satu hari , ketika aku tengah berfacebook , aku ternampak satu entry yang menarik dari Amir Said , tuan blog Oh Malaysia. Tak salah aku ketika tu dia guna nickname oryza sativa dalam blog dia. Tak salah aku tajuk entry dia “ Ciri-ciri blog yang kurang digemari” . Lepas aku baca entry tu sampai habis , aku pon mintak tolong dia beri pendapat tentang blog aku. Dan dia memberi cadangan supaya memperbaiki teknik penulisan dan meletakkan widget google friend connect ( yang korang selalu gunakan untuk follow orang tu la..).
Lepas kena sound dengan Amir Said , aku pon terus ikut segala nasihat yang dia berikan.Setelah sesi penambahbaikan blog telah dijalankan , maka nama propahunters tu pun ditukarkan kepada Welcome To My Life. Ketika tu teknik penulisan aku bertambah baik berbanding sebelumnya. Aku pun dah mula masukkan banyak gambar ke dalam entry aku bagi membuatkan entry aku bertambah menarik. Waktu tu aku hanya menulis entry personal sahaja.
Kemudian pada awal tahun ini , tak silap aku pada bulan Mac , aku telah menukar nama blog dan URL blog kepada MemoriSeorangMuda dan http://memoriseorangmuda.blogspot.com . Dan aku mula belajar untuk menulis entry selain daripada entry personal. Dan pada tahun ini lah , kerjaya aku sebagai seorang blogger separuh masa mula diuji. Entry ini [ link ] membuatkan hampir separuh daripada budak kelas aku banned aku. Kenapa? Korang bukak link tu dan bacalah sampai habis. Mula-mula memang aku rasa tertekan tapi bila difikirkan balik , aku tak patut tertekan sebab blog merupakan tempat aku melepaskan perasaan dalam bentuk penulisan. Lagipun aku percaya yang aku tak bersalah . Jadi tiada sebab untuk aku rasa tertekan dengan diorang.
Semenjak daripada kejadian tu , aku mula diperli oleh ‘kawan-kawan’ sekelas aku kerana menjadi seorang blogger , malah ada jugak yang hina aku , sampai ada yang kata “ ko jadi blogger , ko masuk neraka lah!”. Mula-mula aku rasa sakit hati gila dengan penghina tu . Sehingga aku dah berputus asa untuk menjadi seorang blogger. Dalam kesedihan aku tu , tiba-tiba muncul pulak seorang blogger dari UiTM yang telah berjaya menaikkan kembali semangat aku. Dia lah yang memberi tips kepada aku bagaimana nak dapatkan follower yang ramai serta komen yang banyak dalam sesebuah entry. Waktu itu , dialah yang rajin bertandang ke blog aku. Blogger yang aku maksudkan ialah Nas , tuan blog Nas’ Letters .
Tak lama kemudian , blog aku telah dikunjungi oleh seorang lanun! Aku terfikir , apahal pulak lanun nak datang ke blog aku? Mahu cetak rompak MemoriSeorangMuda kan? Nak rampas rank Alexa aku kah? Nak jadikan aku sebagai tebusan di alam maya kah? Sangkaan aku meleset kerana lanun inilah yang tak jemu-jemu untuk bertandang ke blog aku , dan lanun ini lah yang paling prihatin dan yang paling responsif yang pernah aku jumpa. Dan yang paling penting , lanun yang aku jumpa ni yang paling termahal sekali sebab tengkoraknya diperbuat dari emas. Blogger yang aku maksudkan itu ialah Tengkorak Emas . Kalau korang rasa korang tu blogger baru , korang pergilah ke blog dia dan berkenalan la dengan dia. Aku jamin , korang tak akan menyesal punya.
Setelah lama aku berblogging , aku mula terfikir untuk mencari blog yang tuannya sebaya dengan aku. Setelah lama mencari-cari , aku telah menjumpai tiga orang blogger yang sebaya dengan aku . Blogger yang aku maksudkan ialah blogger ala-ala muka Panglima Zamir sikit , Anwar Naim dan blogger dua sahabat rapat Keyrill dan Amir Izzat. Oh lupa pulak , aku pun sebenarnya ada jugak mengajar sorang budak ni untuk menjadi seorang blogger yang hebat. Dan memang terbukti yang teknik pengajaran aku sangat berkesan kerana dia telah mempunyai lebih banyak follower daripada aku. Aku dengan dia satu sekolah , tapi dia tingkatan 3 tahun ni. Kiranya dia ni junior aku la. Blogger yang aku maksudkan ialah blogger bermuka korea , Syamil Hafiy .
Dan buat julung kalinya pada tahun lepas , aku telah mengadakan satu segmen bloglist yang diberi nama , Segmen Bloglist MemoriSeorangMuda 2011. Jadi kalau korang berminat untuk menyertai , sertailah cepat-cepat kerana penyertaan masih dibuka.
Aku rasa itu sahajalah yang mampu aku ceritakan . Kalau aku spesifik kan lagi ceritanya , boleh jahanam keyboard laptop aku dibuatnya.
Oleh itu , kalau korang berminat untuk menyertai Segmen Memori 2010 Seorang Blogger , korang boleh pergi ke http://www.dauspozi.com/2010/12/segmen-memori-2010-seorang-blogger.html
p/s : Tahun ni aku kena amik SPM . Tidaaaaakkkkkkkk!
