Aku mengaku , pada waktu ni aku memang stress gila sebab terpaksa menyiapkan kerja sekolah yang mencurah bagaikan air dan terpaksa menguruskan Pusat Sumber Sekolah. Kenapa? Sebab untuk pengetahuan korang , aku telah dilantik sebagai Naib Pengerusi PSS bagi sesi 2011 secara rasminya. Dan secara rasminya jugalah aku akan menjadi bertambah penat dan bertambah sibuk disebabkan aku kena menguruskan pengawas-pengawas baru. Ciskek!
Kalau nak cerita pasal kerja rumah , itu tak perlulah cerita panjang-panjang. Kalau dah jadi form 5 tu maknanya semakin banyaklah homework yang akan diterima dalam satu hari , dalam satu minggu dan dalam satu bulan. Korang bayangkan , ada satu hari tu aku terpaksa buat 4 lab report physics , 1 lab report chemistry , 6 worksheet math , 3 mukasurat latihan add math , dan kena buat esei sejarah . Oh tidak... Boleh hancur berderai kepala aku nih!
Tapi nak buat macam mana kan? Aku ni kan dah masuk tingkatan 5. Nak tak nak aku terpaksa mesti melakukan yang terbaik untuk diri dan keluarga aku supaya aku dapat mengejar cita-cita aku tu. Oh dan satu lagi , aku sebenarnya dalam proses untuk memohon menetap di asrama sekolah. Korang doakanlah semoga permohonan aku tu diluluskan.. :)
p/s : Hari Khamis ni aku kena bedah katak untuk subjek biologi. Bestnye.... :D



