Dec 29, 2010

Segmen Bloglist MemoriSeorangMuda 2011 : Sesuai Untuk Semua Blogger

Assalamualaikum korang semua. Aku rasa ini entri aku yang kedua buat hari ini. Aku pon tak tau kenapa aku tiba-tiba bersemangat nak update blog hari ni. Mungkin sebab aku dah tak sabar kot nak menunggu perlawanan malam ni.
Apa-apapun , aku ingin mengumumkan . Buat julung kalinya , aku akan mengadakan segmen Bloglist MemoriSeorangMuda 2011. Untuk segmen kali ini , aku akan sediakan 4 kategori bloglist untuk diletakkan ke dalam blog ni , iaitu Power Blogger , Fresh Blogger , Varia Blogger dan Friends Blog. Kalau korang rasa korang nak masuk salah satu daripada empat bloglist ni , jom tengok syarat-syaratnya dibawah. Ingat , satu blogger boleh masuk satu bloglist sahaja.

FreshBlogger

Kategori Fresh Blogger Bloglist ni aku khaskan untuk para blogger yang baru sahaja berblogging pada tahun ini dan juga untuk blogger remaja berusia 20 tahun ke bawah. Kalau korang memenuhi salah satu kriteria tersebut , korang boleh sertai bloglist ni

SYARAT-SYARAT
  1. Buat satu entry bertajuk Segmen Bloglist MemoriSeorangMuda 2011
  2. Letak banner Fresh Blogger Bloglist di dalam entry korang
  3. Dalam entri tersebut , nyatakan apa yang membuatkan korang ingin berblogging
  4. Beri komen korang tentang blog MemoriSeorangMuda
  5. Mesti ada perkataan ‘MemoriSeorangMuda’ dan ‘Afizz’ dalam entri tersebut
  6. Backlink entri ni kedalam post korang
  7. Tag 5 orang blogger yang lain
  8. Tinggalkan nama blog beserta link entry korang di bahagian komen.
VariaBlogger

Kategori Varia Blogger Bloglist ni pulak aku khaskan kepada blogger yang gemar berkongsi info dan tutorial di dalam blog dan juga kepada blogger yang gemar menulis entry personal. Kalau korang memenuhi salah satu kriteria tersebut , korang layak menyertai bloglist nih.

SYARAT-SYARAT
  1. Buat satu entry bertajuk Segmen Bloglist MemoriSeorangMuda 2011
  2. Letak Banner Varia Blogger Bloglist ke dalam entry korang
  3. Dalam entry korang , nyatakan apa yang membuatkan blog korang unik
  4. Nyatakan 3 entry korang yang paling menarik
  5. Mesti ada perkataan ‘MemoriSeorangMuda’ dan ‘Afizz’ dalam entry tersebut
  6. Backlink entri ni kedalam post korang
  7. Tag 5 blogger yang lain
  8. Tinggalkan nama blog beserta link entry korang di bahagian komen.
PowerBlogger

Kategori Power Blogger ni aku khususkan untuk mereka yang kerap mengupdate blog dan juga kepada mereka yang mempunyai 800 Followers ke atas. Kalau korang memenuhi salah satu kriteria tersebut , korang layak menyertai bloglist ni

SYARAT-SYARAT
  1. Buat satu entry bertajuk Segmen Bloglist MemoriSeorangMuda 2011
  2. Letak banner Power Blogger Bloglist ke dalam entry tersebut
  3. Letakkan link 3 entri kblog orang sebelum entri untuk segmen ini.
  4. Jawab salah satu soalan ini : Apa yang membuatkan korang rajin berblogging / Apa yang membuatkan korang dapat ramai follower
  5. Mesti ada perkataan ‘MemoriSeorangMuda’ dan ‘Afizz’ dalam entry tersebut
  6. Backlink entri ni kedalam post korang
  7. Tag 5 blogger yang lain
  8. Tinggalkan nama blog beserta link entry korang di bahagian komen.
FriendsBlog

Untuk kategori yang keempat ni pulak , aku khaskan untuk friends aku di FB / follower aku di Twitter dan juga kepada blogger yang ingin add aku di FB / Follow aku di Twitter. Kalau korang rasa korang tak boleh memenuhi syarat ketiga-tiga kategori di atas , kategori ni lah yang paling mudah.

SYARAT-SYARAT
  1. Add aku di FB [ Profile FB Aku ] atau follow aku di twitter [ Profile Twitter Aku ]. Kalau korang nak add aku di FB , tambah personal message “ Saya pon blogger juga” semasa nak add tu. Kalau korang nak follow di twitter , korang tweet “ @muhdafizz , saya pon blogger juga “.
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Bloglist MemoriSeorangMuda 2011
  3. Letak Banner Friends Blog Bloglist dalam entry tersebut
  4. Nyatakan kenapa korang ingin menyertai Friends Blog Bloglist beserta komen pendek tentang MemoriSeorangMuda.
  5. Mesti ada perkataan ‘MemoriSeorangMuda’ dan ‘Afizz’ dalam entry tersebut
  6. Backlink entri ni kedalam post korang
  7. Tag 5 blogger yang lain
  8. Tinggalkan nama blog beserta link entry korang di bahagian komen.
Tarikh tutup penyertaan bagi kesemua bloglist ni ialah pada 29.JANUARI.2011. Jadi aku harap korang boleh mempromosi segmen bloglist ni di blog korang. Pilih sahaja kategori yang korang suka :)

p/s : esok episod akhir Putera Katak.. Smile with tongue out