Dec 17, 2010

Membuat Wallpaper Bokeh Menggunakan GIMP

Wah….rasanya lama sungguh aku tak update blog dan blogwalking sejak aku keluar dari hospital. Rasa rindu pulak kat blog ni.Tak kan lah aku nak biarkan blog aku ni bersarang kot? So , aku pon bercadang nak buat tutorial membuat wallpaper bokeh menggunakan GIMP.

Sebelum tu , korang mesti tertanya-tanya. Apa itu GIMP? GIMP ni merupakan sebuah photo-editing software yang mempunyai elemen yang lebih kurang sama macam Adobe Photoshop. Cuma User Interface ( Antara Muka Pengguna ) berbeza dan dan korang tak perlu bersusah payah mengeluarkan duit sebab GIMP ni memang free of charge. Klik gambar di bawah untuk download GIMP 2.6 kalau korang berminat.

GIMP site

Dan apa benda pulak Bokeh tu? Aku rasa kalau orang yang terlibat dalam bidang fotografi , mesti dah tau maksudnya. Menurut dari istilah fotografi , Bokeh adalah kekaburan, atau estetika kekaburan, di luar kawasan tumpuan dari suatu gambar atau "teknik yang membuat lensa keluar dari titik tumpuan cahaya".

So macam tu la rupa bokeh. Dan hari ni aku nak tunjukkan cara-cara untuk membuat wallpaper bokeh menggunakan perisian GIMP 2.6 .

Korang juga perlu download brush bokeh dan copy brush tersebut ke C:\Program Files\GIMP-2.0\share\gimp\2.0\brushes . Download brush tersebut di sini [ link ]

LANGKAH PERTAMA

Step 1

Mula-mula mestilah korang kena bukak GIMP kan? Kemudian , pergi ke File > New . Pastikan imej korang bersaiz 1600x1200 px . Kemudian klik pada Advanced Options dan pilih Fill With > Foreground color . Kemudian klik pada Ok. Hasilnya , keseluruhan imej akan berwarna hitam

LANGKAH KEDUA

Step 2

Kemudian , tukar warna foreground kepada warna ungu gelap . Aku sarankan korang pakai warna ungu a60d80 ( copy kod ni ke HTML notation dan tekan enter ). Kemudian klik Ok.

LANGKAH KETIGA

Step 3

Pada bahagian toolbox , pilih Blend Tool . Dekat bahagian bawah , korang set Opacity kepada 50 , gradient : FG to transparent dan Shape : Radial. Lepas tu korang klik and drag la kat canvas. Korang akanb dapat hasil macam gambar kat bawah ni.

Step 4

LANGKAH KEEMPAT

Step 5

Tambah layer baru dengan cara Layer > New Layer ( ataupun Ctrl+Shift+N ) . Namakan layer tu sebagai Eclipse 1 dan Layer Fill Type : Transparency.

Langkah Kelima

Step 6

Tukar foreground color kepada warna putih. Kemudian , pilih brush tool dan pilih berus bokeh yang baru korang download tadi. Klik pada bahagian Brush Dynamics dan pilih option seperti dalam gambar diatas. Selepas itu , tandakan Apply Jitter dan setkan nilai kepada 10.00

Step 7

Lepas korang dah buat setting tu , korang lukis la bokeh tu kat canvas mengikut citarasa korang.

Langkah Keenam

Step 8

Selepas tu , korang pergi ke Filters > Blur > Gaussian Blur. Setkan nilai Horizontal dan Vertical kepada 40.00. Inilah hasilnya selepas korang klik Ok.

Step 9

Selepas tu , korang buat layer baru , namakan layer tersebut sebagai “Eclipse 2” dan ulang balik langkah kelima dan keenam cuma pada gaussian blur , setkan nilai horizontal dan vertical kepada 10.00

Step 10

Kemudian , tambah layer lagi dan namakan layer tersebut sebagai “Eclipse 3” dan ulang benda yang sama kecuali pada gaussian blur , setkan nilai Horizontal dan Vertical kepada 1.00

Step 11

Langkah Ketujuh

Step 12

Tambah layer baru dan namakan layer tersebut sebagai  ”Clouds” dan pilih Layer Fill Type : White. Seluruh canvas akan bertukar menjadi warna putih sekarang ni.

Langkah Kelapan

Step 13

Setelah itu , pergi ke Filters > Render > Clouds > Difference Clouds dan setkan nilai Detail kepada 4. Kemudian pada bahagian Layer : Mode ( toolbar sebelah kanan ) , setkan mode layer clouds kepada Overlay .Inilah hasil yang korang akan dapat nanti. Ciri-ciri bokeh semakin nyata disini.

Step 14

Selepas tu , klik pada layer Eclipse 3 , setkan mode layer kepada grain merge. Kemudian , klik pada layer Eclipse 2 dan set mode layer kepada Hard Light.

Langkah Kesembilan

Step 15

Tambah layer dan namakan layer tersebut sebagai “Gradient” dan Layer Fill Type : Transparency.

Step 16

Lepas tu , pilih Blend Tool di bahagian toolbox dan setkan Opacity 100 , Gradient Full Saturated Spectral dan Shape Linear. Kemudian korang klik dan drag la atas canvas. Keseluruhan canvas korang akan menjadi pelangi. Kemudian , setkan layer mode kepada “Overlay”. Dah siap…Inilah hasilnya.

BOKEH 2

Korang juga boleh mencuba pelbagai teknik untuk menghasilkan variasi bokeh yang berbeza , macam kat bawah ni. Korang boleh jadikan kedua-dua imej ni sebagai wallpaper.

Aquamarine

Kepada mereka yang stuck , aku ada sediakan video tutorial untuk melakukan benda ni .

Selamat mencuba ya…Smile