Fuh! Tetiba aku rasa badan aku ni makin panas pulak. Bukan sebab aku sakit , tapi sebab aku dah terkena bahang perlawanan akhir MAS vs INA malam nih! Semoga Malaysia menang malam ni walaupun ditimpa pelbagai dugaan . Aku tau , skuad kita semuanya beriman. :)

Okay , kali ni aku nak join segmen bloglist 2011 oleh ZahirulOnline. Tanpa melengahkan masa , jom jawab soalan dari tuan blog , Zahirul Nukman. :)
Dari Mana Anda Tahu Blog ZahirulOnline?
Aku tau dari yiedpozi. Waktu tu aku tengah syok berfacebook (main fb pon boleh syok ke? :P) , tiba-tiba aku ternampak la yiedpozi ni post pasal segmen bloglist nih. So aku pon usha la kejap entri tu.
Anda Jejaka Atau Jelita?
Kalau nak dua-dua sekali boleh? Hahaha…Mestilah Jejaka
Nyatakan Sebab Anda Berblogging
Aku berblogging sebab aku suka berkongsi pendapat dengan orang lain . Aku ni pun jenis manusia yang suka bercerita , jadi kalau aku tak puas bercerita kat dunia sebenar , aku bercerita je la kat dunia maya. Dan sebab paling utama aku berblogging ialah untuk menambahkan lagi kelajuan menaip aku…Hahahaha XD
Kalau korang nak dapat maklumat lebih lanjut tentang segmen bloglist ZahirulOnline , sila ke link ini [ http://zahirulonline.blogspot.com/2010/12/jom-sertai-bloglist-zahirulonline-2011.html ]
Okay selesai sudah sesi jawab menjawab ni. Semoga blog bro Zahirul Nukman akan terus dikenali ramai melalui segmen bloglist ni.
