Dec 16, 2010

Alhamdulillah

Assalamualaikum kepada para blogger sekalian. Alhamdulillah , setelah 5 hari aku bertarung untuk mempertahankan nyawa di hospital , akhirnya aku selamat juga. Seperti yang korang tahu , aku telah menjalani rawatan untuk memulihkan penyakit migrain yang aku hadapi sekarang ni. Sebelum aku menjalani rawatan , aku selalu pening kepala ngan hidung berdarah. Kadang-kadang rasa loya sampai termuntah-muntah.

Satu malam sebelum hari pembedahan , macam-macam bermain di fikiran aku. “Haih! Macam mana la rupa bilik bedah tu . Apa la nasib aku nanti…? Hidup kah? Mati kah?". Itu je la yang aku fikirkan. Sampai terbawak-bawak ke mimpi. Malam tu aku tak putus-putus berdoa supaya aku selamat menjalani rawatan

Semasa hari pembedahan t( Ahad ) tu , aku memang menangis-nangis tanpa henti time tu sebab aku memang rindukan keluarga aku , cikgu-cikgu aku dan kawan-kawan aku. Dalam hati aku kata “ Aku tak bersedia nak mati lagi…!”. Waktu tu kematian je la yang aku fikirkan. Last-last aku kena bagi ubat tenang sebab waktu tu aku memang tengah menggelabah. Bila aku sedar balik , doktor tu nak bagi ubat bius kat badan aku.

Adoi , part suntik-menyuntik ni yang aku paling lemah ni…Tapi waktu tu aku terpaksa tahan sebab dalam fikiran aku , aku nak sembuh. Aku tak nak menderita lagi dah. Bila dah kena bius tu mesti la aku berada dalam keadaan yang tidak sedar kan? Bila aku bangun ( selepas pembedahan ) , aku punya tengkuk rasa sakit sangat. Nak gerakkan kepala pon rasa berdenyut je. Time tu doktor cakap yang aku telah mengalami implikasi selepas pembedahan. Mata aku asyik berair je. Meleleh-leleh tanpa henti. Nak memandang orang pon penglihatan masih kabur lagi.

Hari keduaselepas pembedahan (Selasa) , keadaan aku semakin teruk . Badan aku rasa lesu je . Mungkin sebab terbaring je kat katil. Penglihatan aku waktu tu pon masih kabur. Tengkuk aku masih rasa sakit-sakit lagi. Waktu tu aku rasa macam nak berputus asa sahaja. Tapi bila aku teringat keluarga , guru dan rakan-rakan , aku rasa aku perlu tabahkan hati untuk survive. Pada malam  tu , keadaan aku kembali stabil , walaupun mata aku masih berair dan penglihatan aku masih kabur

Hari ketiga , doktor membawakan berita gembira. Asalnya aku hanya dibenarkan pulang pada hari Jumaat ni. Tapi disebabkan tahap kesihatan aku beransur pulih , doktor membenarkan aku untuk pulang lebih awal , pada hari Khamis.

Dan pada hari ni , aku rasa gembira sebab dapat pulang ke rumah. Sememangnya aku memang nak balik rumah cepat-cepat. Aku tahu mesti ramai kawan-kawan aku risaukan aku. Mata aku masih berair sikit , tapi tak seteruk dulu dan penglihatan aku semakin baik.

Tapi lepas ni , aku memang kena berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian . Dalam masa beberapa bulan ni , aku tak boleh terdedah kepada cahaya yang kuat dan suhu yang tinggi dan kena mengawal stress. Dan aku pon bercadang nak beli cermin mata yang boleh bertukar jadi cermin mata gelap bila terdedah pada cahaya yang kuat. Apa entah nama lens dia tuh , tapi memang bagus la pakai cermin mata macam tu… Tak payah la aku nak cover mata aku bila berada di bawah panas.

Apa-apapun aku berasa gembira dan bersyukur pada Allah kerana telah memberi peluang kepada aku untuk hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah… : )