Sedar tak sedar , 2010 akan melabuhkan tirainya tepat jam 12.00 malam nanti. Rasa macam sekejap je tahun 2010 ni berlalu. Bagi aku , tahun 2010 ni merupakan tahun yang betul-betul menguji kematangan aku dalam menghadapi kehidupan. Aku telah diuji dengan pelbagai dugaan. Dan antara banyak-banyak dugaan yang aku terima , dugaan yang paling berat sekali ialah penyakit migrain aku. Masa kat sekolah , dah sampai 9 kali dah aku pengsan.
Tak kan nak cerita pengalaman buruk je kot? Mesti la ada jugak pengalaman yang best. Aku rasa , time yang paling aku rasa gembira sekali masa waktu Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber dan Kem Bumi Hijau.
Yup. Aku memang rindu gila waktu Kem Kepimpinan PSS ni. Melalui kem inilah aku tau bahawa tugas untuk memimpin sesuatu organisasi merupakan tugas yang amat berat untuk dipikul. Dan melalui kem inilah , persahabatan aku dengan si Syamil Hafiy diuji. Alhamdulillah , sekarang ni dah tak ada persengketaan sudah. Walau apa dugaan yang melanda , aku tetap sayangkan pengawas-pengawas perpustakaan tersebut. Memang dah terasa bond yang kuat di situ :)
Kem bumi hijau ni pulak diadakan seminggu selepas Kem Kepimpinan PSS tu. Kem ni pon best jugak sebab akhirnya aku dapat menghirup udara segar dalam kawasan hutan. Kem ni tempatnya dekat Benum Hill , salah satu kem PLKN , so dapat la jugak aku merasa macam mana rupa PLKN tu kan… Tapi ini baru sikit… Aku ni pon sebenarnya teringin sangat nak masuk PLKN. Tak de la boring sangat terperuk kat rumah.
Tapi memori yang lama jangan terlalu dikenang sangat. Apa-apa pun hidup mesti diteruskan betul tak? Ye lah , kalau sampai teringat zaman muda muda dulu sampai terlupa akan kehidupan sekarang pon bahaya jugak. Bagi aku , tahun 2011 merupakan tahun yang paling crucial untuk diri aku kerana tahun depan aku kena menghadapi peperiksaan yang amat menakutkan iaitu Sijil Perkahwinan Malaysia Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) . Apa-apa pun rintangan yang malanda , aku kena dan wajib dapatkan 10A+ , senang la sikit kalau aku nak apply masuk UiTM nanti. Dan tahun depan merupakan tahun senior aku di sekolah. So lepas ni aku akan cuba membantu adik-adik PMR atau tingkatan 4 yang mempunyai masalah dalam pembelajaran diorang. Kita yang dah berpengalaman ni mestilah membantu yang kurang berpengalaman kan? Yang tua dihormati , yang muda disayangi. Itulah prinsip yang aku pegang dalam persahabatan.
Yang pasti , aku memang becita-cita untuk melangkah ke Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM setelah tamat belajar di alam persekolahan. Aku akan memastikan rakyat Malaysia akan bangga dengan filem buatan negara sendiri. Yup! Itulah impian aku yang paling epik sekali ( adoii , ucapan aku ni terlebih power pulak ).
Bloglist MemoriSeorangMuda Masih Lagi Dibuka Kepada Orang Ramai. Jom Sertai Beramai-Ramai! :)
