Jul 8, 2011

Kalau Aku Jadi Diorang Dah Lama Aku Mati Kekenyangan

Pergh kalau la benda ni depan mata aku , konpem semuanya aku telan.

Assalamualaikum korang semua. Rasanya dah lama aku tak update blog aku ni kan? Dah 4 bulan tak bukak sebab terlalu sibuk dengan pelajaran dan tugasan. Budak SPM la katakan.... Dalam kesempatan ini , aku nak cerita pasal makanan.

Cuba korang tenung je gambar kuih-kuih kat atas tuh , konpem korang terliur kan? Dalam sehari berapa kali korang makan? Kalau aku time hari sekolah aku makan 4 kali je sehari : Sarapan , Time Rehat , Tengahari ngan Malam. Kalau hari minggu tu tak payah cerita la. Kalau boleh setiap masa aku nak makan , tapi badan tetap macam :

Badan aku tak la kurus macam ni wei!
Tapi aku rasa kat dunia ni ada sekumpulan orang yang bagi aku lah , makan sekali je dalam sehari. Sebab apa? Cuba korang tengok video kat bawah ni. ( Walaupun makanan yang diorang makan ni ada pakai bacon *yakni bahagian perut ba** korang tengok je la... Tak haram untuk dilihat pon)


Korang tengok je la cara diorang buat Lasagna tuh. Dengan pelbagai mak datuk keturunan burger dia gi letak dalam tuh , tambah lagi dengan sos Big Mac yang penuh dengan kalori tuh. Tak cukup lagi , ditambah la pulak dengan bacon haram yang banyak lemak ngan onion rings yang berminyak tuh. Serious weh , aku memang tak paham gila macam mana diorang boleh hidup lagi sampai ke hari ni. Diorang ni sebenarnya memang buat kerja macam  ni setiap minggu , dan diorang akan buat video baru setiap minggu hari selasa. Kalau nak sangat subscribe channel youtube diorang , klik link ni ye... ( EpicMealTime )

Bulan puasa bakal menjelma. Aku harap korang tak la berperangai macam mamat-mamat gila kat dalam video tu. Sampai kat bazar je mula la mata menjuling mencari juadah. Lepas tu beli banyak-banyak. Pastu tak habis dan buang macam tu je makanan tu. Kan membazir namanya. Apa-apa aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi mereka yang berpuasa sunat dan berpuasa ganti.. Ingat , control sikit makan tuh... Kalau tak , pergi la join mamat-mamat kat dalam video tu biar jadi gemuk... :P